Saturday, September 20, 2014

Elfira Loy berkecimpung dalam perniagaan fesyen


 

Kisah selebriti berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen bukanlah satu perkara biasa dalam industri seni tidak kira tempatan mahupun antarabangsa.

Scha Alyahya, Nur Fazura, Neelofa, Daphne Iking dan Sazzy Falak adalah antara selebriti tempatan yang memanfaatkan minat mereka terhadap fesyen ke bidang perniagaan.

Kini pelakon kecil molek iaitu Elfira Loy mengikut jejak langkah mereka dengan mula berniaga secara dalam talian dengan menggunakan jenama Twinkle by Elfira.

Memetik daripada laporan Astro Gempak, niat Elfira hanya untuk mencuba nasib dengan menjual skarf yang direkanya melalui Instagram tetapi tidak sangka ia mendapat sambutan hangat daripada peminat.

"Twinkle by Elfira ini sangat istimewa kerana corak yang dihasilkan adalah daripada idea saya. Secara jujurnya, saya sendiri yang terlibat dalam pemilihan fabrik kain dan corak yang akan dicetak. Saya sendiri yang bertungkus-lumus melukis dan kemudiannya meminta bantuan rakan untuk memilih warna yang bersesuaian," ujarnya.

Aktres berusia 20 tahun ini mendapat idea selepas melancong ke Thailand dan menjadikan gaya, ikutan dan seni lukisan pelukis di sana sebagai inspirasinya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk rekaan Elfira, anda boleh ke laman sosial Instagram @twinklebyelfira untuk maklumat lanjut.


[Kredit foto: Instagram twinklebyelfira]

Safina Othman |tupai 

 

No comments :