Saturday, September 20, 2014

Hindari 5 kesalahan saat menyediakan pasta

Antara hidangan popular Itali yang turut terkenal di kalangan warga tempatan adalah masakan pasta yang pelbagai sama ada di masak mengikut citarasa barat mahupun yang sudah pun di olah ala tradisional.

Lazimnya, pasta yang dihidangkan di restoran mempunyai rasa yang lebih lazat berbanding menyediakannya sendiri di rumah bukan? 

 

Kini anda tidak perlu gusar kerana di sini kami menyediakan tips mudah membuat pasta seperti yang diinginkan.

Anda hanya perlu berhati-hati semasa proses penyediaan pasta dan menurut The Kitchn, di antara perkara yang perlu dilelakkan adalah seperti berikut:
 
1. Menggunakan kuali yang terlalu kecil
Sekiranya kuali yang digunakan terlalu kecil, suhu air akan turun ketika kita menambahkan pasta ke dalamnya, maka perkara sebaliknya akan berlaku jika memakai kuali yang bersaiz besar. Selain itu, kebanyakan dari kita akan mematahkan pasta ketika memasaknya di dalam kuali yang terlalu kecil.

2. Kurang garam
Anda digalakkan menambahkan garam atau perasa ke dalam pasta agar dapat menghindari pasta agar tidak terlalu lembab. Perkara ini penting jika anda berniat untuk menyediakan pasta kering kerana pasta tidak dapat menyerap semua garam yang ada dalam air dengan sempurna.

3. Memasukkan pasta sebelum air mendidih
Kebiasaannya anda sering tergesa-gesa untuk memasukkan pasta ke dalam air bukan? Selepas ini harus diingat, dalam memasak pasta kita harus memperhatikan keadaan air di dalamnya. Jika air belum mendidih dikhuatiri pasta akan meletak di dalam periuk.

4. Lupa mengaul pasta
Anda juga perlu mengaul pasta ketika memasaknya, sama keadaannya apabila memasak mee atau pun bihun. Jika tidak, pasta akan melekat pada kuali dan kaedah mengaul pasta perlu agar semua bahagian pasta masak dengan sebati dan cukup rasa.

5. Membilas pasta
Antara kesalahan yang membolehkan anda gagal adalah dengan membilas pasta yang sudah matang. Tidak perlu membersihkan sisa pati saat memasak pasta kerana hal tersebut dapat menghilangkan rasa dari pasta tersebut.

Selamat mencuba!

No comments :