Monday, September 15, 2014

Seorang jurutera ditahan di Kemaman berhubung UPSR bocor

Assalamualaikum

Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari.

"Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans. 

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. – Bernama, 15 September, 2014.

`- the malaysia insider -

No comments :