Sebelum ini, Xiaomi Malaysia telah pun memperkenalkan
Mi In-Ear Headphones, yang dijual pada harga RM50. Headphones ini
datang dalam kotak khas beserta penyusun kabel. Ia juga memiliki earbuds
dalam 3 saiz yang boleh ditukar mengikut keselesaan pengguna.
Esok, Xiaomi kembali dengan jualan baru yang lebih baik.
Kali
ini Xiaomi Malaysia membawakan pula versi Mi In-Ear Headphones yang
lebih murah, yang diberi nama Mi In-Ear Headphones basic. Ia akan dijual
pada separuh dari harga Mi In-Ear Headphones yang asal, iaitu RM25
sahaja. Xiaomi mengatakan versi basic ini akan menghasilkan bunyi yang
hampir sama seperti yang asal. Dari gambaran yang kelihatan,
berkemungkinan versi basic ini tidak akan mempunyai kotak khas dan
earbuds boleh tukar.
Selain dari headphone ini, Xiaomi akan turut menjual produk lain pada 16
September ini. Produk lain yang akan dijual ialah Mi 3 (2,000 set),
Redmi 1S (5,000 set), Redmi Note (10,000 set), Mi In-ear Headphones
(2,500 unit) dan 5200 mAh Mi Power Bank (10,000 unit) akan dijual
diwww.mi.com/my.
Selain dari jualan terhad ini, Mi3 dan Redmi 1S boleh dibeli pada
bila-bila masa pada belian terbuka dengan tempoh penghantaran yang lebih
panjang, iaitu sekitar 3-4 minggu selepas pembelian dibuat.
ntuk pembeli Redmi 1S, mereka akan menerima secara percuma aksesori
tambahan iaitu pelindung skrin, penutup belakang tambahan, soft case,
bateri tambahan & pengecas bateri luaran. Belian terhad dan belian
terbuka layak mendapat aksesori percuma ini.
-daunpisang-
No comments :
Post a Comment