Saturday, September 20, 2014

Elfira Loy berkecimpung dalam perniagaan fesyen


 

Kisah selebriti berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen bukanlah satu perkara biasa dalam industri seni tidak kira tempatan mahupun antarabangsa.

Scha Alyahya, Nur Fazura, Neelofa, Daphne Iking dan Sazzy Falak adalah antara selebriti tempatan yang memanfaatkan minat mereka terhadap fesyen ke bidang perniagaan.

Kini pelakon kecil molek iaitu Elfira Loy mengikut jejak langkah mereka dengan mula berniaga secara dalam talian dengan menggunakan jenama Twinkle by Elfira.

Memetik daripada laporan Astro Gempak, niat Elfira hanya untuk mencuba nasib dengan menjual skarf yang direkanya melalui Instagram tetapi tidak sangka ia mendapat sambutan hangat daripada peminat.

"Twinkle by Elfira ini sangat istimewa kerana corak yang dihasilkan adalah daripada idea saya. Secara jujurnya, saya sendiri yang terlibat dalam pemilihan fabrik kain dan corak yang akan dicetak. Saya sendiri yang bertungkus-lumus melukis dan kemudiannya meminta bantuan rakan untuk memilih warna yang bersesuaian," ujarnya.

Aktres berusia 20 tahun ini mendapat idea selepas melancong ke Thailand dan menjadikan gaya, ikutan dan seni lukisan pelukis di sana sebagai inspirasinya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk rekaan Elfira, anda boleh ke laman sosial Instagram @twinklebyelfira untuk maklumat lanjut.


[Kredit foto: Instagram twinklebyelfira]

Safina Othman |tupai 

 

Gaya fesyen inspirasi Barbie untuk kanak-kanak & wanita

  
 

Tidak dinafikan patung Barbie telah berjaya mencipta imaginasi dalam kehidupan generasi kanak-kanak terutamanya. Malah tidak keterlaluan untuk katakan ada wanita dewasa yang masih memiliki atau mengumpul koleksi patung Barbie.

Setiap patung Barbie dilengkapi aksesori dan juga pakaian yang turut memberi inspirasi kepada kanak-kanak atau wanita ketika berfesyen.

Oleh itu syarikat pencipta patung Barbie, Mattel Inc. telah merancang untuk menampilkan koleksi ready-to-wear untuk wanita. 

 

 

Antara koleksi inspirasi Barbie yang bakal berada di pasaran bermula September ini.   

Mattel Inc. bakal bekerjasama dengan jenama Amerika Syarikat iaitu Lord & Taylor, Wildfox dan Forever 21 bagi menghasilkan koleksi yang chic dan terkini mengikut ikon fesyen tahun 1950-an, 1980-an dan 1990-an.

"Peminat Barbie meliputi pelbagai lingkungan usia dan kebanyakan kanak-kanak yang bermain dengannya telah meningkat dewasa. Kami mahu memastikan koleksi inspirasi Barbie ini sesuai untuk setiap lingkungan usia," ujar Jessica Dunne yang merupakan Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Mattel Inc. seperti dipetik dari WWD.

Koleksi inspirasi Barbie ini merangkumi aksesori, baju T, baju lengan pendek, bodysuit dan banyak lagi.

Ia bakal berada di pasaran bermula 6 September depan sempena musim luruh. 

~ tupai ~

Produk Hello Kitty untuk para jejaka

 

Seperti diketahui, jenama Hello Kitty sering menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan atau wanita. Namun ia tidak menghalang pengasas jenama berkenaan, Sanrio Co. untuk memulakan projek Hello Kitty Men untuk lelaki.

Dipetik daripada laporan Wall Street Journal, produk yang bakal dihasilkan untuk lelaki ini adalah sesuai untuk mereka yang tidak terlalu serius dan menganggap Hello Kitty hanya sesuai untuk perempuan.

Walaupun sebelum ini terdapat produk untuk lelaki seperti tali leher, topi dan sebagainya, informasi mengenaai rekaan terbaru ini tidak didedahkan dalam laman sesawang syarikat berkenaan dan ianya hanya akan diriliskan pada tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, satu pameran baju T lelaki yang diinspirasikan daripada karakter berkenaan akan diadakan pada 17 September di Tokyo, Jepun.

Pada bulan lalu, Sanrio mencetuskan kontroversi apabila menjelaskan karakter tersebut bukanlah seekor kucing. 

~ tupai ~

KECACATAN BIBIR DAN LELANGIT BOLEH DIBEDAH SEAWAL USIA TIGA BULAN - CLAPAM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kanak-kanak yang mengalami kecacatan
bibir dan lelangit boleh menjalani pembedahan seawal usia tiga bulan, menurut
Pengerusi Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) Zainal Azahari
Ahmad.

Beliau berkata pembedahan awal itu adalah bagi memastikan anak-anak terbabit
boleh menjalani rawatan susulan keseluruhan meliputi bibir, lelangit, struktur
gigi dan pendengaran.

Bagaimanapun, Zainal Azahari mengingatkan ibu bapa terlibat supaya tidak
terburu-buru mempercepat proses pembedahan itu, sebaliknya perlu melihat
keperluan serta keadaan kesihatan dan tumbesaran.

"Untuk pembedahan pertama, anak yang mengalami klef perlu mempunyai berat
badan sekurang-kurangnya 10kg," katanya kepada pemberita selepas menerima
sumbangan RM100,000 daripada Persatuan Isteri-isteri dan Kakitangan Wanita
Petronas (Petronita) di sini, hari ini.

Zainal Azahari berkata persatuannya mahu meningkatkan kesedaran protokol
pengurusan kecacatan bibir dan lelangit kepada ibu bapa kanak-kanak yang
mengalami masalah tersebut.

-- LAGI
KLEF-BEDAH 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Beliau berkata ini penting bagi memastikan ibu bapa mengetahui kaedah
mengurus dan menjaga anak-anak terbabit memandangkan mereka akan menjalani
pembedahan dan rawatan susulan secara berperingkat-peringkat.

Mengenai sumbangan itu, Zainal Azahari berkata ia akan digunakan untuk
membantu membiayai kos pembedahan anggota persatuan, selain membeli barang
keperluan lain khusus untuk bayi yang mengalami masalah tersebut.

Sumbangan bagi membantu menjayakan program CLAPAM itu, diserahkan pada
majlis yang diadakan sempena kerjasama enam tahun di bawah Program Tanggungjawab
Sosial Korporat(CSR) dengan Pusat Perubatan Prince Court.

Presiden Petronita Datin Sharifah Salwa Syed kamaruddin dalam ucapannya
berkata mereka berharap ia akan mewujudkan kesedaran awam serta menggalakkan
golongan industri, organisasi dan individu untuk menyokong keluarga yang
mempunyai kanak-kanak klef serta kecacatan kraniofasial lain.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Kebajikan Petronita Nazrin Aneeza
Nazaruddin.
-- BERNAMA

Erin Malek berdebar tunggu hari bahagianya

Erin Malek berdebar tunggu hari bahagianya

Aktres jelita Erin Malek mengakui dia berdebar apabila tinggal kurang sebulan lagi untuknya diijabkabulkan dengan kekasihnya Farriz Fauzy pada 10 Oktober ini. 

"Sebenarnya saya dah lama rasa cuak dan berdebar. Namun, kini debaran itu semakin kuat, apatah lagi Farriz turut mengalaminya. Malah dia lebih gementar daripada saya. 

"InsyaAllah, saya doakan yang baik-baik sahaja dan sejujurnya saya sudah bersedia untuk bergelar isteri," katanya yang dipetik dari Sinar Harian

Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, persiapan perkahwinannya telah pun siap dan kini sibuk menghantar kad jemputan sahaja. 


Dalam pada itu, Erin yang ditanya mengenai gosip yang mendakwa dia bermanja berlebihan dengan tunangnya ketika di Matta Fair 2014 awal September lalu, Erin menafikan perkara tersebut. 

"Saya sendiri nak tahu siapa yang cuba mengaibkan saya ini kerana saya masih ingat situasi dan pakaian saya pada hari berkenaan. Kenyataan itu sama sekali tidak benar. 

"Saya mengaku, kami berpegangan tangan seperti pasangan tunang yang lain. Bukannya aksi berlebih-lebihan seperti yang didakwa. Sejujurnya, perkara ini turut memberi impak kepada kedua belah keluarga kami dan kami perlu menjelaskannya. Nasib keluarga kami memahami."

Hindari 5 kesalahan saat menyediakan pasta

Antara hidangan popular Itali yang turut terkenal di kalangan warga tempatan adalah masakan pasta yang pelbagai sama ada di masak mengikut citarasa barat mahupun yang sudah pun di olah ala tradisional.

Lazimnya, pasta yang dihidangkan di restoran mempunyai rasa yang lebih lazat berbanding menyediakannya sendiri di rumah bukan? 

 

Kini anda tidak perlu gusar kerana di sini kami menyediakan tips mudah membuat pasta seperti yang diinginkan.

Anda hanya perlu berhati-hati semasa proses penyediaan pasta dan menurut The Kitchn, di antara perkara yang perlu dilelakkan adalah seperti berikut:
 
1. Menggunakan kuali yang terlalu kecil
Sekiranya kuali yang digunakan terlalu kecil, suhu air akan turun ketika kita menambahkan pasta ke dalamnya, maka perkara sebaliknya akan berlaku jika memakai kuali yang bersaiz besar. Selain itu, kebanyakan dari kita akan mematahkan pasta ketika memasaknya di dalam kuali yang terlalu kecil.

2. Kurang garam
Anda digalakkan menambahkan garam atau perasa ke dalam pasta agar dapat menghindari pasta agar tidak terlalu lembab. Perkara ini penting jika anda berniat untuk menyediakan pasta kering kerana pasta tidak dapat menyerap semua garam yang ada dalam air dengan sempurna.

3. Memasukkan pasta sebelum air mendidih
Kebiasaannya anda sering tergesa-gesa untuk memasukkan pasta ke dalam air bukan? Selepas ini harus diingat, dalam memasak pasta kita harus memperhatikan keadaan air di dalamnya. Jika air belum mendidih dikhuatiri pasta akan meletak di dalam periuk.

4. Lupa mengaul pasta
Anda juga perlu mengaul pasta ketika memasaknya, sama keadaannya apabila memasak mee atau pun bihun. Jika tidak, pasta akan melekat pada kuali dan kaedah mengaul pasta perlu agar semua bahagian pasta masak dengan sebati dan cukup rasa.

5. Membilas pasta
Antara kesalahan yang membolehkan anda gagal adalah dengan membilas pasta yang sudah matang. Tidak perlu membersihkan sisa pati saat memasak pasta kerana hal tersebut dapat menghilangkan rasa dari pasta tersebut.

Selamat mencuba!

Gaun perkahwinan inspirasi "Frozen"

Fenomena filem animasi Disney "Frozen" berterusan! Kali ini khas buat bakal pengantin yang idamkan gaun perkahwinan diinspirasi daripada karakter Ratu Elsa.

Seperti didedahkan di akaun Instagram Disney Weddings baru-baru ini, gaun biru muda yang dipakai oleh Ratu Elsa itu akan termasuk dalam koleksi Disney's Fairy Tale Weddings oleh Alfred Angelo ini. 

 

Lakaran gaun tersebut yang diberi nafas baru tanpa tali dan kelihatan seperti salji telah dikongsikan untuk tatapan peminat.

Sebelum ini Angelo pernah mereka pakaian yang diinspirasikan oleh Puteri Disney lain seperti Ariel, Jasmine, Belle dan Cinderella.

Gaun perkahwinan 'Snow Queen' ini akan berada di pasaran bermula Januari 2015

Monday, September 15, 2014

Alif Satar sah bergelar suami kepada Sha Dila Halid


Alif Satar sah bergelar suami kepada Sha Dila Halid 

15 Sep – Penyanyi popular Alif Satar telah sah bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dengan sekali lafaz di Dewan Perdana Felda pagi tadi. 

Dipetik dari mStar, Sha yang diwalikan oleh bapanya Halid Mohammad menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantara RM19,000. 

Pihak Alif turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan. 

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah telekung, cincin, mas kawin, sirih junjung dan kek. 

Manakala barang hantaran pihak perempuan pula cincin, jam tangan, sirih junjung, baju kemeja, minyak wangi, kek dan coklat. 

Majlis resepsi Alif dan Sha akan diadakan pada 20 September ini di Marina, Putrajaya.

Produk Hello Kitty untuk para jejaka


Seperti diketahui, jenama Hello Kitty sering menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan atau wanita. Namun ia tidak menghalang pengasas jenama berkenaan, Sanrio Co. untuk memulakan projek Hello Kitty Men untuk lelaki.

Dipetik daripada laporan Wall Street Journal, produk yang bakal dihasilkan untuk lelaki ini adalah sesuai untuk mereka yang tidak terlalu serius dan menganggap Hello Kitty hanya sesuai untuk perempuan.

Walaupun sebelum ini terdapat produk untuk lelaki seperti tali leher, topi dan sebagainya, informasi mengenaai rekaan terbaru ini tidak didedahkan dalam laman sesawang syarikat berkenaan dan ianya hanya akan diriliskan pada tahun hadapan. 

 

Dalam perkembangan lain, satu pameran baju T lelaki yang diinspirasikan daripada karakter berkenaan akan diadakan pada 17 September di Tokyo, Jepun.

Pada bulan lalu, Sanrio mencetuskan kontroversi apabila menjelaskan karakter tersebut bukanlah seekor kucing.

Resipi ringkas kek keju Oreo


Adakah anda seorang penggemar setia kek dan bercita-cita untuk menghasilkan kek kegemaran anda sendiri di rumah?

Ya, inilah masanya untuk menunjukkan bakat terpendam anda dengan menggunakan resipi mudah seperti yang dipetik dari mStar ini.

Jika anda gemarkan kek berasaskan keju, apa kata anda cuba resipi ini, ianya bukan sahaja mudah disediakan malahan sangat sesuai menjadi hidangan pemanis mulut kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. 

 

Ayuh, ikuti langkah berikut!

Bahan-bahan:
250 gram krim keju
1 cawan yogurt
4 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90 gram gula
1 paket biskut oreo

Cara menyediakannya:
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisarkan sehingga menjadi krim.
2. Selepas itu, masukkan adunan tadi ke dalam loyang bersaiz kecil yang sudah disapu marjerin atau minyak.
3. Mengikut kreativiti anda, letakkan biskut oreo dan disusun secara berselang-seli.
4. Kemudian, bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 40 minit.
5. Keluarkan kek, biarkan kek berehat seketika.
6. Hias kek mengikut citarasa anda dah letakkan di dalam peti sejuk.

Sedia untuk dihidangkan! Ringkas dan mudah bukan?

Selamat mencuba!
 

Nikmati udang rangup ala restoran Jepun!


Nikmati udang goreng rangup bersama nasi panas pastinya menyelerakan anda sekeluarga untuk makan malam pada hari ini.

Balutan tepung yang garing dan rangup bersama daging udang yang lembut dan manis, wah nampak sedap bukan?

Namun, kadang-kala gorengan udang yang diharapkan menjadi selalunya menghampakan dan tidak seperti yang diimpikan. 

 

Sekarang, anda boleh menghidangkan udang goreng rangup ala restoran Jepun sendiri!

Tak percaya? Nah, apa kata anda cuba lakukan resipi yang dipetik dari Vemale.com ini di rumah seperti berikut.

Bahan-bahan:
Setengah kilo udang bersaiz sederhana (dikupas & biarkan bahagian ekor)
½ sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk bawang putih
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk paprika
2 biji telur (dipukul)
1 cawan serbuk roti
Minyak sayur untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Gaul udang dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk bawang putih.
2. Sediakan mangkuk yang berasingan untuk meletakkan telur dan serbuk roti.
3. Kemudian sediakan mangkuk lain sebagai tempat untuk mencampurkan telur dan serbuk roti.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.
5. Masukkan udang ke campuran tepung lalu ke campuran telur pula.
6. Goreng sehingga berwarna coklat keemasan.
7. Udang goreng rangup ala restoran Jepun siap untuk disajikan.

Anda juga boleh menikmati udang goreng tepung ini dengan sos cili mahupun mayones, terpulang pada citarasa anda.

Selamat mencuba! 

Fon telinga Xiaomi yang gila murah

Sebelum ini, Xiaomi Malaysia telah pun memperkenalkan Mi In-Ear Headphones, yang dijual pada harga RM50. Headphones ini datang dalam kotak khas beserta penyusun kabel. Ia juga memiliki earbuds dalam 3 saiz yang boleh ditukar mengikut keselesaan pengguna.

Esok, Xiaomi kembali dengan jualan baru yang lebih baik.

Kali ini Xiaomi Malaysia membawakan pula versi Mi In-Ear Headphones yang lebih murah, yang diberi nama Mi In-Ear Headphones basic. Ia akan dijual pada separuh dari harga Mi In-Ear Headphones yang asal, iaitu RM25 sahaja. Xiaomi mengatakan versi basic ini akan menghasilkan bunyi yang hampir sama seperti yang asal. Dari gambaran yang kelihatan, berkemungkinan versi basic ini tidak akan mempunyai kotak khas dan earbuds boleh tukar.

 

Selain dari headphone ini, Xiaomi akan turut menjual produk lain pada 16 September ini. Produk lain yang akan dijual ialah Mi 3 (2,000 set), Redmi 1S (5,000 set), Redmi Note (10,000 set), Mi In-ear Headphones (2,500 unit) dan 5200 mAh Mi Power Bank (10,000 unit) akan dijual diwww.mi.com/my.

Selain dari jualan terhad ini, Mi3 dan Redmi 1S boleh dibeli pada bila-bila masa pada belian terbuka dengan tempoh penghantaran yang lebih panjang, iaitu sekitar 3-4 minggu selepas pembelian dibuat.

 

ntuk pembeli Redmi 1S, mereka akan menerima secara percuma aksesori tambahan iaitu pelindung skrin, penutup belakang tambahan, soft case, bateri tambahan & pengecas bateri luaran. Belian terhad dan belian terbuka layak mendapat aksesori percuma ini.

-daunpisang-

Telefon harga RM57 sempena Hari Malaysia

Berita baik sekiranya anda mahu telefon harga murah apabila Microsoft Malaysia menawarkan promosi istimewa bersempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September akan datang.

 

Sehingga 16 September 2014, dengan setiap pembelian telefon pintar Lumia yang terpilih, pembeli boleh mendapatkan Lumia 530 pada harga RM57 sahaja.

Terdapat empat telefon pintar Lumia yang membolehkan pembeli membeli Lumia 530 pada harga RM57 iaitu Lumia 1520 (RRP RM1699), Lumia 930 (RRP RM1999), Lumia 630 (RRP RM499) dan Lumia 530 itu sendiri yang berharga RM355.

Ini bermakna, pembeli boleh mendapatkan 2 ketul telefon pintar Lumia 530 pada harga RM 412 sahaja! Rujuk gambar di bawah untuk melihat senarai kedai yang mengambil bahagian dalam promosi Lumia 530 RM57 ini.

 

Tablet Windows 8.1 tempatan pertama

Sebuah syarikat tempatan memperkenalkan tablet yang dikuasakan Windows 8.1 buat kali pertama dengan kerjasama Intel I yang dinamakan JOI 8, sebuah tablet berjenama tempatan yang menggunakan sistem operasi Windows 8.1 dan dikuasakan CPU Intel Atom.

image 

Ia dilancarkan SNS Network Sdn Bhd membolehkan pengguna tablet ini disertakan dengan langganan selama setahun aplikasi Microsoft Office 365 Personal serta ruangan 1TB percuma di OneDrive, storan awan milik Microsoft. JOI 8 menampilkan skrin IPS 8-inci HD beresolusi 1280×800.

Ia menggunakan CPU Intel Atom quad core di samping memberikan pengguna pengalaman penuh penggunaan Windows 8.1 seperti yang terdapat pada desktop dan laptop.

image 

Ia merupakan tablet Windows 8.1 pertama diperkenalkan SNS Network Sdn Bhd yang dijual pada harga RM499. Variasi lain dengan skrin 10-inci akan diperkenalkan oleh SNS Network pada masa akan datang.

Untuk masa dan stok yang terhad, JOI 8 boleh ditempah bersama TV LED Samsung 32-inci pada harga RM999 sahaja.

image 

Bagi mereka yang lebih selesa membeli secara dalam talian, Lazada antara platform pilihan untuk mendapatkan tablet ini.

 


Telefon baru Lenovo, sesuai untuk wanita cantik macam anda

Lenovo mempunyai model baru S850 yang diperkenalkan dengan harga RM729 yang menggabungkan rekaan anggun dengan prestasi quad core serta beberapa fungsi baru yang menarik.

Antara ciri yang diketengahkan termasuk kamera 13 megapiksel belakang dengan kamera depan 5 megapiksel kemudian ditambah skrinnya yang mempunyai dimensi 5-inci beresolusi 1280 x 720 piksel IPS.

image 

Telefon pintar Siri-S baru ini dikuasakan CPU quad core dari Mediatek dan didatangkan siap dengan Android 4.4 KitKat. Ia memiliki dwi-slot sim kad serta kamera depan dengan sudut yang lebih lebar untuk menangkap gambar selfie dengan lebih luas lagi.

Lenovo S850 diperkenalkan dengan tiga warna iaitu merah jambu, putih dan biru. Ketahanan baterinya pula bergantung kepada 2150mAh tetapi dengan kapasiti tersebut biasanya telefon patut bertahan sehingga 8 jam pada penggunaan aktif.

image 

Ia mempunyai RAM 1GB tetapi memori dalamannya pula sebanyak 16GB dan boleh ditambah slot kad memori mikroSD.   

Alami gejala Ebola

Kuching: Seorang penuntut lelaki warga Afrika sebuah universiti swasta di bandar raya ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami simptom penyakit Ebola, tengah malam kelmarin.

Penuntut lelaki berusia 24 tahun itu, dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam 12 tengah malam selepas mengalami demam panas sebelum dikuarantin.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, penuntut dari Zimbabwe sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Tabuan, namun kakitangan perubatan meminta supaya merujuk kes itu kepada HUS.

Bagaimanapun, beliau berkata, penuntut terbabit kini di Wad Isolasi dan tidak menunjukkan simptom berkaitan dengan virus maut itu.

Ketika ini kami sedang memantau perkembangan kesihatan penuntut ini dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Setakat ini tiada pengesahan lagi (jangkitan Ebola), pakar di HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan penuntut itu tidak pernah meninggalkan negeri ini tetapi ada bertemu rakannya dari Nigeria yang baru pulang dari negara asal mereka.

Sementara itu, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata, keputusan sama ada penuntut itu menghidap Ebola atau sebaliknya, akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Ada satu kes turut disyaki berlaku di Perak, namun selepas pemeriksaan rapi, suspek mengalami demam panas didapati negatif wabak itu,” katanya.

Wabak Ebola pertama dikesan berlaku pada 1976 di dua lokasi serentak iaitu Nzara, Sudan, dan Yambuku, Republik Demokratik Congo.

Ebola adalah demam berdarah yang membawa maut kepada manusia serta monyet dengan dianggarkan lebih 2,000 kematian dilaporkan berlaku Afrika Barat akibat wabak itu tahun ini.

-harian metro-

Guru Besar antara empat direman

Assalamualaikum

Putrajaya: Seorang guru besar, dua guru serta seorang lelaki iaitu ejen insurans ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu yang bermula semalam hingga Khamis ini.

Keempat-empat lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang boleh membawa hukuman penjara satu hingga tujuh tahun dan denda.

Tiga guru terbabit dari Pulau Pinang dengan dua daripadanya mengajar di sekolah sama, manakala seorang lagi lelaki berasal dari Kuala Lumpur.

Mereka diwakili peguam bela Esther Tan Siew Choo.

Sebelum itu, keempat-empat lelaki berkenaan yang berpakaian lokap polis tiba di Mahkamah Majistret, di sini, pada jam 10.20 pagi dengan diiringi anggota polis.

Mereka dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan keluar dari mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, Siew Choo berkata, semua lelaki berkenaan yang berusia antara 30 hingga 50 tahun kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk membantu siasatan.

Sehingga kelmarin, polis sudah mengambil keterangan daripada 12 individu termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), lima guru dan seorang wartawan.

- Harian Metro -
 

Hari Malaysia ke-51

Assalamualaikum

Pemimpin politik patut pelihara perpaduan dan saling hormat

Hari Malaysia ke-51 hari ini memberi peluang kepada semua rakyat menghayati dan menghargai keamanan dan kesejahteraan negara serta perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sambutan rasmi kali ini yang diadakan di Miri, Sarawak mempamerkan jelas keunikan Malaysia yang didiami rakyat pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata penyatuan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963 disambut kira-kira 10 juta penduduk ketika itu, namun hari penuh bermakna tersebut kali ini diraikan kira-kira 30 juta rakyat Malaysia.

"Kejayaan negara yang dikecapi hari ini tidak mungkin tercapai tanpa kesatuan serta sikap progresif dan daya saing yang dimiliki segenap lapisan masyarakat," kata Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, dalam perutusan Hari Malaysia beliau.

Presiden MIC Datuk G Palanivel dalam perutusannya berkata, amat penting bagi semua rakyat Malaysia memelihara perpaduan, keamanan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Menyentuh insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dan nahas yang menimpa MH17, Palanivel berkata rakyat Malaysia menunjukkan perpaduan mereka ketika berdepan kedua-dua situasi mencabar ini.

"Kita menunjukkan perpaduan pada hari perkabungan negara dan kita akan meneruskan semangat perpaduan ini ketika susah dan  senang," katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak perlu meneruskan hasrat sebenar pengasas negara yang menekankan kesejahteraan, kepentingan dan keselamatan bersama.

"Kita tidak boleh lupa atau leka ke arah merealisasikan aspirasi asas negara serta hasrat kita untuk maju sebagai sebuah negara yang megah dan bersatu padu," katanya.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata proses mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu adalah berterusan dan apa yang dicapai setakat ini perlu terus dipupuk dan diperkukuh.

"Rakyat Malaysia yang berbeza etnik harus sentiasa menyedari keperluan untuk saling menghormati.

"Mereka harus sentiasa berwaspada dan prihatin dengan sensitiviti agama serta budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum," katanya. 

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia Tan Sri KK Eswaran pula menggesa rakyat Malaysia terus membina kepercayaan dan ikatan sesama mereka ketika negara beraspirasi ke arah mencapai kejayaan ekonomi. – Bernama, 16 September, 2014.



Seorang jurutera ditahan di Kemaman berhubung UPSR bocor

Assalamualaikum

Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari.

"Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans. 

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. – Bernama, 15 September, 2014.

`- the malaysia insider -

Petang 24 September untuk lihat anak bulan Zulhijjah

Assalamualaikum

Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 September bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baru di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah.

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Labuan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis.

Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen. – Bernama, 15 September, 2014.

~ the malaysia insider ~

Sunday, September 14, 2014

UPSR: Siti Naziatul Iffah tetap ke Makkah

Assalamualaikum

Oleh Siti Sofia Md Nasir 


Georgetown:“ Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.
 
 
"Jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang.”

“Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua itu. .

“Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan ayah,” katanya.

Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya.

Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR.

Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi mereka.

“Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada peperiksaan percubaan.

“Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin kepada ketentuan Allah,” katanya. 

  mymetro