Lenovo mempunyai model baru S850 yang diperkenalkan
dengan harga RM729 yang menggabungkan rekaan anggun dengan prestasi quad
core serta beberapa fungsi baru yang menarik.
Antara
ciri yang diketengahkan termasuk kamera 13 megapiksel belakang dengan
kamera depan 5 megapiksel kemudian ditambah skrinnya yang mempunyai
dimensi 5-inci beresolusi 1280 x 720 piksel IPS.
Telefon pintar Siri-S baru ini dikuasakan CPU quad core dari
Mediatek dan didatangkan siap dengan Android 4.4 KitKat. Ia memiliki
dwi-slot sim kad serta kamera depan dengan sudut yang lebih lebar untuk
menangkap gambar selfie dengan lebih luas lagi.
Lenovo S850 diperkenalkan dengan tiga warna iaitu merah jambu, putih dan
biru. Ketahanan baterinya pula bergantung kepada 2150mAh tetapi dengan
kapasiti tersebut biasanya telefon patut bertahan sehingga 8 jam pada
penggunaan aktif.
Ia mempunyai RAM 1GB tetapi memori dalamannya pula sebanyak 16GB dan boleh ditambah slot kad memori mikroSD.
No comments :
Post a Comment