Monday, September 15, 2014

Tablet Windows 8.1 tempatan pertama

Sebuah syarikat tempatan memperkenalkan tablet yang dikuasakan Windows 8.1 buat kali pertama dengan kerjasama Intel I yang dinamakan JOI 8, sebuah tablet berjenama tempatan yang menggunakan sistem operasi Windows 8.1 dan dikuasakan CPU Intel Atom.

image 

Ia dilancarkan SNS Network Sdn Bhd membolehkan pengguna tablet ini disertakan dengan langganan selama setahun aplikasi Microsoft Office 365 Personal serta ruangan 1TB percuma di OneDrive, storan awan milik Microsoft. JOI 8 menampilkan skrin IPS 8-inci HD beresolusi 1280×800.

Ia menggunakan CPU Intel Atom quad core di samping memberikan pengguna pengalaman penuh penggunaan Windows 8.1 seperti yang terdapat pada desktop dan laptop.

image 

Ia merupakan tablet Windows 8.1 pertama diperkenalkan SNS Network Sdn Bhd yang dijual pada harga RM499. Variasi lain dengan skrin 10-inci akan diperkenalkan oleh SNS Network pada masa akan datang.

Untuk masa dan stok yang terhad, JOI 8 boleh ditempah bersama TV LED Samsung 32-inci pada harga RM999 sahaja.

image 

Bagi mereka yang lebih selesa membeli secara dalam talian, Lazada antara platform pilihan untuk mendapatkan tablet ini.

 


No comments :