Saturday, September 20, 2014

Erin Malek berdebar tunggu hari bahagianya

Erin Malek berdebar tunggu hari bahagianya

Aktres jelita Erin Malek mengakui dia berdebar apabila tinggal kurang sebulan lagi untuknya diijabkabulkan dengan kekasihnya Farriz Fauzy pada 10 Oktober ini. 

"Sebenarnya saya dah lama rasa cuak dan berdebar. Namun, kini debaran itu semakin kuat, apatah lagi Farriz turut mengalaminya. Malah dia lebih gementar daripada saya. 

"InsyaAllah, saya doakan yang baik-baik sahaja dan sejujurnya saya sudah bersedia untuk bergelar isteri," katanya yang dipetik dari Sinar Harian

Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, persiapan perkahwinannya telah pun siap dan kini sibuk menghantar kad jemputan sahaja. 


Dalam pada itu, Erin yang ditanya mengenai gosip yang mendakwa dia bermanja berlebihan dengan tunangnya ketika di Matta Fair 2014 awal September lalu, Erin menafikan perkara tersebut. 

"Saya sendiri nak tahu siapa yang cuba mengaibkan saya ini kerana saya masih ingat situasi dan pakaian saya pada hari berkenaan. Kenyataan itu sama sekali tidak benar. 

"Saya mengaku, kami berpegangan tangan seperti pasangan tunang yang lain. Bukannya aksi berlebih-lebihan seperti yang didakwa. Sejujurnya, perkara ini turut memberi impak kepada kedua belah keluarga kami dan kami perlu menjelaskannya. Nasib keluarga kami memahami."

No comments :