Monday, September 15, 2014

Produk Hello Kitty untuk para jejaka


Seperti diketahui, jenama Hello Kitty sering menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan atau wanita. Namun ia tidak menghalang pengasas jenama berkenaan, Sanrio Co. untuk memulakan projek Hello Kitty Men untuk lelaki.

Dipetik daripada laporan Wall Street Journal, produk yang bakal dihasilkan untuk lelaki ini adalah sesuai untuk mereka yang tidak terlalu serius dan menganggap Hello Kitty hanya sesuai untuk perempuan.

Walaupun sebelum ini terdapat produk untuk lelaki seperti tali leher, topi dan sebagainya, informasi mengenaai rekaan terbaru ini tidak didedahkan dalam laman sesawang syarikat berkenaan dan ianya hanya akan diriliskan pada tahun hadapan. 

 

Dalam perkembangan lain, satu pameran baju T lelaki yang diinspirasikan daripada karakter berkenaan akan diadakan pada 17 September di Tokyo, Jepun.

Pada bulan lalu, Sanrio mencetuskan kontroversi apabila menjelaskan karakter tersebut bukanlah seekor kucing.

No comments :