Assalamualaikum
Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 September bersamaan 29 Zulkaedah.
Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah (gambar) setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini,
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh
Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian
Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu,
Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan;
Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat,
Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor, Pantai Pasir Panjang,
Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh
Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda,
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar di
Kedah.
Lokasi lain: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman,
Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di
Terengganu.
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur,
Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera
Semerak, Kota Baru di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung,
Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni,
Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah.
Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit
Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia
Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Labuan; Menara Kuala Lumpur di
Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya;
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis.
Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial
Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio
dan televisyen. – Bernama, 15 September, 2014.
~ the malaysia insider ~
No comments :
Post a Comment