Saturday, September 20, 2014

Gaya fesyen inspirasi Barbie untuk kanak-kanak & wanita

  
 

Tidak dinafikan patung Barbie telah berjaya mencipta imaginasi dalam kehidupan generasi kanak-kanak terutamanya. Malah tidak keterlaluan untuk katakan ada wanita dewasa yang masih memiliki atau mengumpul koleksi patung Barbie.

Setiap patung Barbie dilengkapi aksesori dan juga pakaian yang turut memberi inspirasi kepada kanak-kanak atau wanita ketika berfesyen.

Oleh itu syarikat pencipta patung Barbie, Mattel Inc. telah merancang untuk menampilkan koleksi ready-to-wear untuk wanita. 

 

 

Antara koleksi inspirasi Barbie yang bakal berada di pasaran bermula September ini.   

Mattel Inc. bakal bekerjasama dengan jenama Amerika Syarikat iaitu Lord & Taylor, Wildfox dan Forever 21 bagi menghasilkan koleksi yang chic dan terkini mengikut ikon fesyen tahun 1950-an, 1980-an dan 1990-an.

"Peminat Barbie meliputi pelbagai lingkungan usia dan kebanyakan kanak-kanak yang bermain dengannya telah meningkat dewasa. Kami mahu memastikan koleksi inspirasi Barbie ini sesuai untuk setiap lingkungan usia," ujar Jessica Dunne yang merupakan Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Mattel Inc. seperti dipetik dari WWD.

Koleksi inspirasi Barbie ini merangkumi aksesori, baju T, baju lengan pendek, bodysuit dan banyak lagi.

Ia bakal berada di pasaran bermula 6 September depan sempena musim luruh. 

~ tupai ~

No comments :