Wednesday, September 24, 2014

'Facial mask' buatan sendiri ala selebriti Korea

 

Bagi kaum hawa yang gemar memenuhi waktu terluang dengan memakai 'facial mask' demi mengekalkan kecantikan kulit wajah mereka, anda sebenarnya boleh menghasilkannya sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di dapur kediaman anda.

Dipetik dari Wanista, anda tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki wajah yang putih bersih dan gebu dengan hanya mengikuti rahsia kecantikan aktres jelita Korea Selatan iaitu Song Hye Kyo.

Menurut Hye Kyo, pemakaian 'facial mask' buatan sendiri boleh dihasilkan dengan menggunakan telur, madu dan juga susu.

Selain fungsi telur yang membantu dalam menegangkan dan memutihkan kulit wajah, madu juga turut berfungsi sebagai mengangkat seri wajah dan melembapkan kulit, dan diikuti dengan hasil wajah yang lembut dan licin dengan bantuan khasiat susu.

Mari kita terokai bagaimana heroin drama popular "Autumn In My Heart" ini menghasilkan 'facial mask' sendiri.

1. Putih telur dicampurkan dengan madu



 
Selain digunakan untuk menghasilkan kek, putih telur juga boleh bertindak sebagai ejen menegangkan kulit wajah. 

Hanya perlu campurkan putih telur dengan satu sudu madu.
Kacaukan kedua bahan tersebut sehingga kembang dan sapukan pada muka dan biarkan ia kering.
Tunggu selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air.
Untuk mendapatkan kesan terbaik, lakukan rutin ini sebelum tidur selang dua minggu. Anda akan dapati permukaan kulit lebih putih dan tegang.

2. Campuran madu dan air 


 
Madu mampu memberikan kesan 'glowing' pada wajah anda.

Cairkan madu dengan air dan sapukan pada keseluruhan muka anda.
Kemudian bilaskan sahaja dengan air bersih.
Khasiat madu bakal mengurangkan garis-garis halus dan menjadikan kulit lebih cerah.
Lakukan sebelum tidur dengan selang yang sama iaitu pada setiap 2 minggu.

3. Susu     

 
 Susu boleh mencerahkan dan melembutkan kulit wajah. 

Gantikan pencuci muka anda dengan menggunakan bahan-bahan segar seperti susu.
Aktres Korea Selatan ini menggunakan susu untuk mencuci mukanya dan telah membuatkan kulit lebih lembut dan licin.

4. Kiub ais  

 
Kiub ais berperanan menganjalkan kulit anda.


Gunakan kaedah mengurut muka dengan menggunakan kiub ais agar struktur kulit lebih tegang dan anjal malah lebih kurus.
Tetapi awas, jangan biarkan wajah terdedah lama dengan air kerana akan membakar kulit.

Selamat mencuba!



Tupai  

No comments :