Saturday, September 13, 2014

Resepi Roti Telur Keju Bakar

Assalamualaikum.

Ha siapa yang tengah mencari resepi yang simple. Mari sini pyka nak kongsikan resepi yang mudah dan senang.


Jom tengok bahan-bahan apa yang nak disediakan

Bahan-bahan:

Roti gardiner/seangkatan dengannya sebungkus
Telur 4 biji (mengikut bilangan orang yang nak makan)
Cheese cedar
Lada sulah

Cara-cara buat:
1. Korang potong tepi roti macam dalam gambar. jangan sampai terputus pulak dia isi putih roti dengan tepinya tu. Buat pelahan-lahan supaya dapat bentuk segi empat tu.
2. Tekap tengah roti dengan sudu.
3. Letak telur mentah ditengah-tengah roti yang telah ditekap.
4. Taburkan cheese cedar secukup rasa tekak korang.
6. Bakar dalam oven (suhu sesuaikan dengan oven anda)
7. Dalam 2 menit keluarkan.
8. Tabur lada sulah atas roti sesuka rasa lidah korang.

Tadaaaaa! dah siap! Ummm sedapnye! Makan cicah sos pun sedap tau! Cubalah!

~ selamat mencuba ~


 

No comments :